Tuesday, 17 September 2013

~Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpah Darahku~


Dear All..:-)

Assalamualaikum... Rindu pada makcik cepet tak?
Lama betul makcik ambik masa nak update,bukan tak nak update tapi take time nak lapangkan fikiran dan hati :-)
Pada 31/8/2013 hari tu, Makcik join utk perbarisan sempena hari merdeka.Saja aje join, sbb dah lama tak berkawad.Almost 13 years tinggalkan zaman berkawad.Naik lenguh bengkak jugak lah kaki.
Nak makcik join ni pun sbb feeling2 jadik IRIS dalm Novel ILUS tu.. he he

Apepun Makcik nak ucapkan terima kasih kepada En Hubby dan Ms Damia Comel yg memahami dan supportive. Papa yg luangkan masa utk temankan mama and the best thing masa mlm 31 Ogos tu we all together tgk bunga api.. Best Sgt utk damia yg sgt Suportive dan tak cerewet tu. lps habis pukul 1.00 am tu, we all terus berdesup balik jengka.. pukul 4.00am baru sampai pahang.. penat tapi bermakna..

 Okeh, makcik nak Share gambar2 makcik yg perasan gorjes sgt time buat perbarisan tu.
Oh lupa nak Share, we all menang hokeh, 1st place utk GLC punya..

Actually this is the 1st step utk makcik , expose diri dalam dunia corporate.. dulu masa time sekolah sgt aktif, semua jawatan dlm sekolah aku nak sebat.. ngeeee... bila time dah bekerja ni satu jawatan aku tak pegang, rasa sgt kesian dgn diri sendiri sbb tak menyerlah.. ha ha.. but target to be before age 35 i must be something.. hu hu.. :-D

Ok dear jom enjoy the picture.. comel tak makcik.. ;-D





Enjoy the Picture.. :-D

 

Sunday, 18 August 2013

~ Aku Yang Beku.. ~


Esok Genap 3 Minggu bonda yang aku kasihi menemui penciptanya.
Entahlah kenapa hatiku terasa beku, beku yang tiada rasa.
Aku kata redha di bibir,di tulisan tapi hakikatnya aku rasa macam bonda ku ada bersama aku. Aku rasa macam dia pergi suatu tempat dan akan kembali tak lama lagi..

Sejak mak pergi meninggalkan kami sekeluarga, aku tak pernah menangis dah.
entah kenapa , aku rasa aku banyak mengelak untuk terima hakikat ini.

Bila bercakap dan bercerita, aku tak pernah guna perkataan "Arwah untuk mak". Aku masih panggil mak dalam setiap cerita aku.

Bila orang menangis mengingati mak aku, aku hanya diam dan mengalih bicara dengan cerita benda yang lain.

Bila raya menjelma, aku anggap mak ada dalam rumah, di sisi aku menolong aku membuat persiapan raya dan mengemas rumah. AKu rasa mak ada dalam bilik sedang berehat. Aku rasa hatiku jadi beku..

Dulu akulah ratu segala air mata. tp kini aku rasa macam ratu sajli aje.. Dingin..tiada tangisan lagi.. dulu masa tahu mak aku sakit, aduh jiwa terlalu sakit mengingatinya, menangis setiap kali solat, jiwa berkocak. tp kini hatiku tenang dan beku.

Dulu rutin aku adalah menelefon mak aku, tanya buat ape, dah makan ker, sihat ker.. Sekarang rutin aku masih sama, cuma orang yang aku call adalah abah aku atau adik aku.

Aku rasa mak masih ada dalam rumah tu, malam tadi aku call abah, mia borak dengan abah aku macam biasa, dan aku pun borak macam biasa, sampai aku tertanya abah mak buat ape? emmsss.. dua2 diam ,naseb damia menyelamatkan keadaan dengan bertanyakan atok buat ape tu..

Aku mmg mengelak, bila orang nak bercerita pasal mak, aku sibukan diri, hilangkan diri atau buat tak tahu sahaja. Bila melihat kembali gambar2 dalam handphone, aku cepat2 tutup.. aku takut aku akan terfikir yang mak dah tak ada.

Bagi aku mak masih ada, dan akan kembali, cuma aku tak tahu bila..
Mungkin berkat doa dari rakan2 untuk aku tabah dan kuat membuat kan aku beku. Beku dengan keadaan ini. macam tiada apa yang berlaku.

Ketahuilah, hakikat yang sebenar aku menjerit didalam hati untuk menafikan yang mak dah tiada. Aku redha dia dah menghadap ilahi, tp aku berat utk terima hakikat ini..

Dan aku kini masih beku...

Thursday, 25 July 2013

~ Rinduku Bertaut...

Assalam...
Salam ramadhan penuh barakah..
Nukilan ini sahaja aku tulis untuk aku luahkan..
Sepatutnya aku postkan pada tarikh 23hb July 2013 sebelum aku terima berita yang menyedihkan tentang bonda ku untuk aku kongsikan tentang rinduku pada bonda..

Awal ramadhan aku termimpikan bonda yg aku kasihi
Datang dengan wajah yang berseri tubuh badan yang sihat..
Aku terkejut,eh mak dah sihat.. bondaku dgn wajah yang tersenyum..
"Mak dah sihat yana,jangan bimbang dan risaukan mak"...
Aku ada ceritakan mimpi ini pada sahabatku dan juga jiran sebelah aku di tempat kerja.
Orang kata kalau sampai termimpi bermakna orang tu rindu sangat2 pada kita..
 
Setiap hari selepas solat aku berdoa semoga bonda ku sempat untuk merasai ramadhan..
Bila ramadhan menginjak dan bondaku sempat merasai ramadhan, Aku bersyukur... Alhamdulillah... selepas itu aku berdoa semoga Allah panjangkan usia bondaku semoga kami semua sempat meraikan Aidil Fitri bersama...
 
Setiap hari ke tempat kerja,memandu kereta dan bila2 masa aku berdoa semoga bonda yang aku kasihi sentiasa dipermudahkan oleh Allah.Doktor dah maklumkan, bondaku mungkin tidak lama di dunia ini.Aku redha,fizikal dan mental telah aku ajar untuk terima..

3 April 2013 selepas pembedahan kali kedua di Hospital Colombia Puchong,Doktor datang memanggil aku dan menceritakan kondisi dan keadaan bondaku yang tersayang..Aku dengar tanpa sebarang reaksi, 20% shj hayat bondaku....aku rasa tertekan... 20% bagaimana nak kira,bila? 1 bulan 2 bulan 1 tahun 3 tahun..aku tak tahu..

Aku kabarkan berita ini pada insan terdekat.. reaksi abah hanya diam aje..
Abah maklum,abah ikhtiar yang terbaik utk mak,masalah duit letak ke tepi..di mana,dekat mana abah bawak mak pg berubat..mmg ramai yang advise beli ubat itu beli ubat ini, semua ubat yang ada kami beli, aprikot,4Life entah apa lagi aku pun tak tahu.. kos beribu tidak terkira....
 
Abah nampak kuat, tp sebenarnya dia sangat lemah,dia cuba sibukan diri dia dgn kerja,dia tak blh hadapi benda ini sendiri..abah sgt lemah, aku tahu betapa abah berusaha untuk mak,betapa abah cinta dan sayangkan mak..aku tahu mak adalah segalanya bg abah..
 
Alan.. adik aku yang paling nakal,nakal bukan kepalang...tp bg aku adik yg paling baik dunia akhirat.Dia tak pandai dan bijak,mmg dia naif dan lurus..tp dia paling kuat,tabah,sabar dan bijak dalam melayani kerenah bonda tercinta...dia berhenti kerja dan menjaga bonda kami sejak awal tahun 2013 sehinggalah bonda menemui pencintanya Allah swt...walaupun nampak dia seperti tiada ape,tapi aku tahu dia curi2 solat dalam bilik ,dan berdoa untuk bonda, aku tahu dia simpan sedihnya dengan curi2 menyorok di dalam bilik menangis berdoa untuk bonda..
 
Aku..., masih blh tersenyum,membuat lawak,berjenaka,gelak sakan.. orang cakap aku kuat,orang cakap aku tabah..sebenarnya... Aku sembunyikan ketakutan aku dengan membuka kaca mata.. mataku rabun tidak dapat melihat dengan jelas di depan.. aku menjadi sangat berani kerana aku tidak dapat melihat dengan jelas, sedihku aku sembunyikan dengan senyuman,tawa dan gelak yang aku rasakan ceritanya sangat lawak..

Kami redha dgn pemergiannya.. mak hadapi kesakitanya dengan penuh sabar dan redha.mak juga pernah cakap, mak redha dgn ujian Allah ini . Aku nasihatkan mak, tak pelah mak ,Allah ujian mak dahulu di dunia, InsyaAllah, Allah akan permudahkan kan mak di sana.Walau pun kerenah mak mcm2 , kami penuh sabar hadapinya.Paling sabar adik aku, aku hanya berani berhadapan dengan segalanya,abah... aku faham abah sukar nak hadapi semua ini.dia byk serahkan kepada aku untuk berhadapan dengan semua ini, dan adik aku untuk melayan kerenah mak yg pelbagai... kini aku faham perasan abah yg penuh kasih sayang terhadap mak..
 
Mesti ramai yang tertanya bondaku sakit ape apabila melihat status dan gambar aku bila berada di hospital.Bukan niat aku untuk berahsia,tp belum masanya aku nak kongsi pada dunia.hanya yang terdekat mengetahui.Bondaku selalu sakit perut bermula lebih kurang 10 thn dahulu,bonda maklum sakit sebab gastrik,pemeriksaan susulan hanya pergi ke klinik sahaja dan doktor  maklum hanya  sakit perut, doktor hanya check sekali lalu dan sertakan ubat gastrik sahaja.apabila berubat kampung, hanya maklumkan angin sahaja..

Selepas melahirkan anak ku.....,cucu pertama mak dan abah, mak sangat gembira,badan nya makin berisi,seleranya makin bertambah,hidupnya makin ceria.Anak ku, bonda yang jaga..sehingga 1tahun 1 bulan.
Pernah pada satu hari aku menegur mak bila melihat perutnya yg agak buncit..
Mak ni kurus aje, tp perut tu kenapa tegang semacam. aku usap perut mak, agak tegang, dalam pemikiran aku mungkin banyak minum air, sebab tu jadi mcm tu.
 
Mak pernah cakap,rambut mak selalu luruh, kenapa eeks.. jangkaan ku cuma salah shampoo. mak pun berfikiran begitu... sehinggalah pada tahun 2010 mak sakit perut yang melampau sehingga muntah yang teruk.Sakit pun selepas mkn buah berangan.Mak ke hospital tg karang dan di maklumkan angin shj.Tanpa pemeriksaan yg telita.satu suntikan diberikan untuk menghilangkan kesakitan..
Selepas keluar dr hospital kesakitan masih sama dan tidak hilang..lagi 2 minggu mak di jemput untuk ke rumah Allah di mekah,jadi mak perlu membuat pemeriksaan lengkap untuk periksaan tahap kesihatan mak sblm kemekah.
 
Pemeriksaan dr Doktor Sulaiman mendapati terdapat ketulan di dalam perut mak.Mak telefon aku dan maklumkan. doktor maklum mungkin fibroid atau mungkin ketumbuhan..
doktor advise untuk rawatan susulan ke hospital,tapi mak menolak sebab mak cakap mak nak ke Mekah dahulu,selepas ke Mekah baru mak nak periksa lanjut..

Pemeriksaan lanjut maklumkan mungkin kanser, tp tak dapat disahkan,sehinggalah pembedahan di buat di Hospital Colombia Puchong, doktor sahkan kanser ovari tahap 3.selepas pembedahan mak jalani kehidupan dengan baik ,membuat rawatan susulan mengikut jadula di HUKM dan kimo dengan baik.. Alhamdulillah tiada alahan atau pun kesakitan yang teruk pada waktu itu. Hanya rambut sahaja yang gugur.
 
Sehinggalah pada tarikh 23 july 2013,aku terlalu rindukan pada bondaku,rindu yang teramat.. rindu yang tak pernah aku hadapi, kucapai telefon dan hubungi mak, agak lama panggilan baru berjawab..aku hanya dengar suara mak jelas dengan tidak jelas sahaja. Aku maklumkan pada mak,aku akan balik pada cuti Nuzul Al Quran (25hb July 2013),mak tunggu ye,mak jgn lupa mkn,minum dan solat.istifar dan ingat Allah selalu.. dia tidak bercakap,tp aku tahu dia dgr..

Selepas hubungi Bondaku, aku sms pada suamiku maklum keadaan mak yang agak merisaukan aku.Aku maklumkan aku nak balik kampung, hatiku rasa tidak keruan, Selepas berbalas mesej, suamiku maklum pada pagi hari rabu 24 july 2013 kita akan balik ke kampung untuk melawat bonda.Aku agak berlapang hati.Dalam hati berdoa semoga sempat berjumpa dengan bondaku.

Pukul 2ptg, aku terima panggilan telefon dr adikku dan maklumkan mak qku mcm dah teruk,aku tanpa berfikir terus minta kebenaran untuk pulang.dalam hati berdoa semoga aku sempat balik menjenguk bonda ku. dalam hati aku meraung memanggil nama mak untuk tunggu aku balik dahulu..
 
pada pukul 2.10ptg, aku terima panggilan semula maklum bonda tercinta sudah dipanggil menghadap ilahi..Subhanallah maha suci Allah yang menentukan segala. Aku sampai di rumabonda pada pukul 6 petang, Jenazah bonda terus ku cari dan ku peluk. Dahinya aku cium, Matanya aku cium,Pipinya aku cium.Hidungnya aku cium, Mulutnya aku cium. Sehingga kini terasa sejuknya bibir bondaku di bibirku. Setiap kali aku mengetap bibirku,setiap kali aku terasa sejuk bibir bondaku. Setiap kali bibir ku terasa kesejukan mungil bibir bondaku, setiap kali itu juga aku berselawat dan sedekahkan Alfatihah kepada bondaku.

Jenazahnya aku tatap lama tanpa mengunakan kaca mata.matanya ku renung,kulihat seperti bonda sedang tidur.Semasa jasad mak terbaring, aku lihat mukanya, Aku tenung mukanya tanpa kaca mata. Aku lihat dia seperti bernafas, Matanya seperti berkelip2, aku perhatikan lama. Aku agak kecewa sebab tak sempat menghadapnya, tapi aku bersyukur sebab aku sempat menguruskan segalanya.Aku mandikan bonda,aku kapankan bonda.Selepas jenazah di mandikan sekali  lagi aku tatap muka bondaku, kulihat kelopak matanya seperti mengalirkan air mati.Aduhai bonda aku tahu kau dalam kesakitan... (Ya Allah kau Ampunkan Ibuku,Kau permudahkanlah urusan ibu ku)

Setiap hari aku berdoa semoga bondaku di permudahkan,sekiranya masanya sudah tiba biarlah ia pergi didalam sujud solatnya atau di dalam tidurnya.Biarlah dia pergi dengan aman.Alhamdulillah,bondaku pergi dengan aman dan tenang.syukur ya Allah kau permudahkan urusanya..
 
Walau hebat mana sekalipun kita,kita tak mampu menandingi kuasa Allah..Mati itu pasti..aku redha kehidupan kami akan dtg tanpa mak disisi,tp bg aku mak sentiasa dihati..
Insyaallah aku aku cuba buat yang terbaik untuk mak,kerana doa aku,perbuatan aku di dunia ini masih boleh membantu mak disana.InsyaAllah mak, semoga Allah permudahkan mak, dan tempatkan mak dikalangan para syuhada.semoga syurga buat mak.

"Ya Allah,kau ampunkan dosa kedua ibubapaku,kau permudahkan urusan ibu ku,kau kuatkan semangat bapaku,kau tempatkan ibuku dikalangan orang beriman,kau berilah keselesaan ibuku disana.. 
   

Al fatihah..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
.أَمِيْن


*Terima kasih kepada jiran blok 4 jengka22 yang byk membantu,terima kasih pada saudara mara yang byk memberi sokongan,yang menziarah,mengaji dan membantu,dan pada sahabat yang mendoakan kesejahteraan bonda saya Hajah Argakyah Binti Jaini..

Wassalam..
Hamba Allah yang mohon keampunan dan keredhaan mu..

**Makcik Cepet**
Luv u all









Wednesday, 17 July 2013

~Chiffon Labucci 2 Layer 3 Helai RM 130~

Ramadhan Promotion
~Chiffon Labucci 2 Layer 3 Helai RM 130~
~Sehelai RM 45~
Jom dapatkan Segera tudung Chiffon Labucci 2 Layer..
Tudung dengan patern terkini.

 -FREE POSTAGE -FREE PARKING -FREE TOLL 
/BERMINAT JOM SMS/WHATSAPP SY LAJU2 0189090412 @ SMS 0193602963

KOD 1- DEPAN - SOLD

KOD 1-CLOSE UP - SOLD

KOD 1- TEPI - SOLD

KOD 2- DEPAN - SOLD

KOD 2- CLOSE UP - SOLD

KOD 2- TEPI - SOLD

KOD 3-DEPAN - SOLD

KOD 3- CLOSE UP- SOLD

KOD 3- TEPI - SOLD

KOD 4-DEPAN 

KOD 4-CLOSE UP

KOD 4- TEPI 

KOD 5- DEPAN - SOLD

KOD 5- CLOSE UP - SOLD

KOD 5 - TEPI- SOLD

Tuesday, 16 July 2013

Oh Hilman Oh Handbegs :-)

Hallo.... you all, macam mana dgn tudung yang makcik postkan tu... menarik tertarik tak.. Alhamdulillah berjaya juga usaha makcik ni.

3 helai rm 100 tu kira murah hokeh.. and sambil makcik berniaga ni makcik pun menderma dan bersedekah. Mana2 yg dah beli tu harap2 gembira dgn free give dari makcik ni.Bulan Ramadhan kan, jadi menjual mengikut cara zaman rasulullah dulu, jangan riba dan ambil untung banyak sangatkan? lagi satu islamkan mengalakkan umatnya berniaga. Rasulullah dulu pun berniaga..

Bagaimanapun,kita perlu mengelakkan amalan-amalan yang dilarang seperti mengambil riba atau menipu. Memang peniaga-peniaga yang melanggar hukum-hukum yang ditetapkan juga mampu mengaut keuntungan malah keuntungan yang lebih berlipat ganda  tapi yang kita cari ialah keseimbangan di antara kepuasan material dan keberkatan, iaitu, mengejar kejayaan dunia tanpa meninggalkan kesejahteraan di akhirat.Eceh nak bersyarah macam professor Muhaya pulak.. ki ki

Ehh tapi makcik nak cakap waktu promosi ni aje makcik bg special price, lps raya ni pulak makcik bagi double price... ha ha.. double price hokeh.. ho ho .. Buweekkkkk :-P

Apepun,tudung2 jugak, handbeg aje makcik belum publish.. tunggu you all, makcik saje nak suruh korang geram dengan makcik..

Tapi makcik rasa mesti korang geram bila makcik cakap nape lambat nak haplod, sebab utama, makcik x ambik lagi handbeg tu, sebab kedua makcik ni asyik sangat dengan membaca novel dekat bawah ni hah.. hu hu.. opss jangan marah . dah 3 kali makcik repeat baca hokeh.. sekali lagi ulangan.. 3 kali hokeh and makcik tido pukul 4.30 pagi, sahur then tido.. ho ho...

Novel ni dah 3 kali repeat baca hokeh.. hu hu :-)..
Sebenarnya makcik nak tunjuk handbegs mahai makcik tu.. GIOSSARDI lagik.. he he..
Nak handbeg mcm ni? ofcos tak blh la, ni makcik beli dekat butik dia hokeh.. yang makcik jual AAA, AA, A aje.. kang makcik jual ratus2 korang cakap mahai pulak.. ho ho :-P

Cite ni bila baca, tak jemu, lepas tu membuatkan perasaan cinta makcik dekat pakcik membuak2.. eceh eceh.. ahaks, malu makcik.. Bagus cite ni utk kita memperbaiki diri,mengenal diri, mengenal orang sekeliling dan juga mengenal agama kita.

Kadang bila kita buat silap, kita hanya cakap opss sori, maaf, maafkan saya, saya menyesal, kemudian kita kan kenangkan sekilapan kita atau kesilapan org lain tu..Pernah tak terfikir, sekiranya membuat salah dan silap, menyesal then kita perlu SOLAT TAUBAT.

Ada tak sesiapa selepas meminta maaf dan memberi maaf selepas tu membuat solat taubat.. Emss mesti tak ada kan , klu ada pun mesti sorang dua. siyes aku pun tergolong dalam golong tersebut.. he he... ahaks.. bersyarah kemain makcik ko ni hah..

Tak ada lah aku cuma nak share, event membaca novel cinta cintun sekali pun, kita perlu gak ambik point2 yg penting. jgn membaca nak lepaskan nafsu sahaja nant tak dapat pahala pulak kan.. :-)

Sebenarnya membaca membantu kita melihat sesuatu benda tu dalam perlbagai prospect, siyes aku rasa menyesal pada usia 29 thn ni, aku baru nak matang tgk sesuatu benda tu dari pelbagai sudut.. kalau baca novel ni, aku blh anggap diri aku seperti Puteri Intan Zulaikha dan juga Iris Nur..tang yang perangai dia yang tak bagus tu lah.. kang korang cakap aku ni divas pulak.. he he... tp aku mmg divas hokeh.. sekali jelingan aku bagi, tertunduk maut org tu melihat.. ha ha.. Perasanya nye hakuuu.. :-P

Klah, nant aku share lagi novel2 yang lain, byk yg aku dah baca tp yang ni menangkap ke jiwa. ada satu lagi novel "Project Memikat Suami" yang ni tak baca lagi tp yg ASST ni dah repeat 3 kali, nampak sgt kan haku ni excited sgt dgn si HILMANKU tu.. hu hu..


**Makcik Cepet**
  Luv You All

Sunday, 14 July 2013

Hanger Tudung 18 Klip 3 Set = RM100

Hanger Tudung 18 Klip 3 Set = RM100


Saya ingin membantu anda untuk menjimatkan duit,masa,tol dan parking anda
 **Hanger Tudung 18 Klip 3 Set = RM100**
 -FREE POSTAGE -FREE PARKING -FREE TOLL 

/BERMINAT JOM SMS/WHATSAPP SY LAJU2 0189090412 @ SMS 0193602963
(Promosi sehingga Jumaat ini sahaja :-) )

Tudung Jelita 3 Layer 3 helai RM100

Dah beli tudung untuk ibu ,ibu mertua dan untuk diri anda sendiri.. Saya ingin membantu anda untuk menjimatkan duit,masa,tol dan parking and 
 **Tudung Jelita 3 Layer 3 helai RM100**
 -FREE POSTAGE -FREE KERONGSANG -FREE PARKING -FREE TOLL 
/BERMINAT JOM SMS/WHATSAPP SY LAJU2 0189090412 @ SMS 0193602963



KOD 01
KOD 02

KOD 03

KOD 04

KOD 05
KOD 06- SOLD

KOD 07- SOLD
KOD 08
KOD 09

KOD 10-SOLD
KOD 11- SOLD

KOD 12
KOD 13-SOLD

KOD 14
KOD 15

KOD 16-SOLD

KOD 17

KOD 18 (SEBELAH TEPI) - SOLD

KOD 18 SEBELAH DEPAN- SOLD

KOD 19 (SEBELAH DEPAN)

KOD 19 (CLOSE UP)

Thursday, 11 July 2013

Hallo Hallo ... Salam Jumaat :-)

Hai ualls.. ha ha..Mesti korang tertunggu2kan makcik punya product bila nak keluar..
Heh heh.. makcik saje buat seperise nak tgk ada ker org follow makcik punya blog..
Since byk msg/email yg dok reply tanya mana nye mana nye.. he he buat rasa diri ini syok pulak buat org tertungguu..

Sabar ye you alls, iolls pun dah x sabar sgt nak upkan.tunggu ye darling sekalian.

Weekend ni plan nak pg tesco, collect novel yg di tempah.. ha ha.. cite pasal novel siyes, makcik mmg excited, terima call dr kedai buku suruh collect, sampai lani muka makcik sengeh sampai ke bulan..

Then lps tu nak pg collect handbeg dgn tudung.Kalau tak ada aral dan lintang pukang, InsyaAllah, ualls tunggu lah ye.

Eh sblm tu makcik nak ajar korang mcm mana cara nak beli novel yg membuatkan korang rasa berbaloi dan untung berlipat kali ganda..

Sonang aje, makcik nak share dengan korang, sebelum beli novel baca dulu e-novel diorg dekat http://www.penulisan2u.my. Ok lepas baca baru pergi beli kalau berpuas hati dengan jalan cerita dia.
Sebab kengkadang, ada sesetengah novel tu, bila kita baca sinopsis dia dekat belakang buku nampak cam syok aje, tapi bila dah baca habis.. emsss.. cam nak pulang balik, dah lah mahai nak beli novel ni.. he he..
(sebenarnya murah aje, aku aje jadi mahai sebab bila dah masuk book store paling kurang 3 bijik aku hangkut) ha ha.. Kejam, konon nak claim income tax.... he he

Selain dari tu, kalau nak tahu cerita tu best atau tak, baca komen orang yang dah pernah baca novel tu. kalau semua thumbs up.. makna korang patut baca and patut beli..

Kadang2 orang kata baca novel ni khayal dan membazir, tapi tak semua sebenarnya,yang penting kita kena  bijak pilih buku, lagi satu, membaca ni menambah ilmu. Paling bagus nak show dengan anak2,konon mama dia ni ulat buku, wah wah.. ** Mata ke atas, tangan atas bahu.. heh heh .. Yelah bila berjalan dalam handbegs aku, sentiasa bawak buku ke hulu ke hilir, (he he nak semai minat membaca dekat anak.. haha )..
Anak aku yang kecik tu selalu ingatkan mama tak membaca ke hari ni? takpe mama blh membaca, mia tak kacau mama pun..**tp sebenarnaya dia tak bagi aku kacau dia tengah main.. bertuah punya damia he he

Haha oklah setakat ini aje cite aku dan novel.. pasal handbegs you all tunggu ye.. Terbaik dari ladang iollss bagi. Price pun marbeles... :-)


**Makcik Sepet**
    Luv U all

Wednesday, 10 July 2013

Dengan Izin Allah.. Kemunculannya hampir tiba.... 3.2.1


Salam Ramadhan, dengan izin Allah yang maha berkuasa, dan memberi segala semangat dan keyakinan kepadaku, kemunculan product terbaik,tercute dan tercomel dari Cepet Cakcibor Corner akan menjelma..

Semoga kemunculan nya di berkati Allah, dengan satu niat untuk buat semua orang gembira dan mampu milik untuk kelihatan bergaya dan menawan.

Semoga di beri keberkataan dan di permudahkan oleh Allah, sempena Ramadhan Al mubarak ini.

Dengan Tulus ikhlas, dari hati yang mulus paling dalam.. :-)

Salam Ramadhan..

Wassalam,
**Makcik Cepet**
        Luv U All





Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan..:-)

Salam Ramadhan..
Nantikan kemunculan yang tercomel dan yang terbaik dari Makcik Cepet ye..
Tunggguuu..
:-)

Monday, 8 July 2013

Tengah Mood Novel Tahap Gaban :-)






Hallo hallo..
Amik mood jap,
Since nak buat seperise sempena pembukaan bloq kita ni, nak share pasal novel faberet kita ni.
ILUS tu dah lama katam. yg MPI tu baru katam last week. Within 3 days baca tanpa henti.
Serius yg MPI tu makan hati baca.2 kali ulang tayang baca balik.
Paling syok part yg dah nak last tu, sedih siap nangis2 mkn hati baca novel ni.
Naseb damia dah tido time baca part yg feeling tu.heh dan naseb en suami dia kerja malam time ni jugak.
Kalau tidak mesti kena bebel sebab tido lambat.. ha ha.. :-)

Cuma nak share sebenarnya,buku ni bukan sekadar cinta and love pada manusia semata.Byk pengisian ttg agama dan juga adab melayu.
Bagus untuk pembacaan kita bagi menambahkan lagi ilmu tentang bab agama, jati diri dan pegangan kita.

Apepun try lah baca buku ni mmg membuka minda. Serius aku mmg feeling IRIS sekarang ni.. he he..

Sekian
**Makcik Cepet**

Cara Nak Bayar

Dah pilih barang lepas tu kenalah buat bayaran kan? he he :-)
Senang sahaja cara nak bayar, bayaran melalui Online transfer atau Cash Deposit atau yang penting duit dah bank in ke dalam akaun kami.
Pembayaran melalui Credit card/Cek/Bank Draft/Pos Laju/Telegram/Air Time Share tidak di layan..he he
Cara Nak bayar sila bank in ke dalam account tersebut:

1. Maybank
2. Cimb Bank

Sila PM kepada saya, nanti saya bagi detail. :-)


Yang Berkuasa,
** Makcik Cepet**
       Luv U All

Cara Nak Order

Senang aje cara nak order.
Kalau berminat pada mana-mana item, sila :
1. Maklumkan nama anda dan juga contact no
2. Maklumkan no kod item/product yang anda berkenan sangat2 tu :-)
3. Jumlah yang anda nak
4. Sila sertakan bukti pembayaran:
    a) Tarikh Bayaran
    b) Jumlah Bayaran
    c) Tempat Bayaran
    d) Jenis Bank
(Kalau malas nak taip semua benda alah tu, korang tangkap aje gambar slip tu lps tu forward pada saya)
*he he kan sonang korjanya... :-)
5.Sila maklumkan alamat untuk penghantaran dan pastikan alamat anda adalah betul dan anda ada semasa abang posmen datang kerumah/premise anda..
(Kalau anda tak de time tu pesan kat jiran atau kawan sebelah suruh tlg ambikan, Sbb nant barang tu korang kena ambik dekat post office yang terdekat, dalam tempoh 2 minggu barang tak di tuntut nant barang akan return kepada saya kembali dan he he diingatkan sekali lagi, bila barang return sebab alamat dan saya perlu pos semula, kos untuk repos semula anda perlu tanggung.. ho ho kejam tak? Jangan Marah erks :-)
6.Sekiranya selepas 2 minggu barang masih tidak diterima sila maklumkan segera, nanti saya akan semak kedudukan sebenar parcel anda itu
7.Ok itu sahaja setakat ini, sekiranya ada sebarang penambahan atau kekurangan akan di maklumkan kelak

Sekian Terima Kasih


Yang Berkuasa,
** Makcik Cepet**
       Luv U All


Sebarang Keraguan Dan Was Was

Untuk sebarang pertanyaan dan juga Keraguan, Boleh call/whatsapp/sms/ email:

Call/SMS     : 0193602963
Call/SMS/WhatsApp/Viber/Line/WeChat: 0189090412
Email   : azliyana_asnan@yahoo.co.uk
             cepetamoi@gmail.com
FB      : Azliyana Asnan
             Awesome Handbegs & Aksesori Murah
Blog   : http://cepetamoi.blogspot.com



Yang Berkuasa,
** Makcik Cepet**
       Luv U All


Pernah terpikir perkataan apa yang di sebut tanpa menggerakkan bibir?

4 perkataan yang di sebut tanpa menggerakan bibir:

Lailah haillallah

1 perkataan yang di sebut tanpa menggerakan bibir adalah:

Allah

Coming Soon Sempena Ramadhan Al Mubarak