Sunday, 18 August 2013
~ Aku Yang Beku.. ~
Esok Genap 3 Minggu bonda yang aku kasihi menemui penciptanya.
Entahlah kenapa hatiku terasa beku, beku yang tiada rasa.
Aku kata redha di bibir,di tulisan tapi hakikatnya aku rasa macam bonda ku ada bersama aku. Aku rasa macam dia pergi suatu tempat dan akan kembali tak lama lagi..
Sejak mak pergi meninggalkan kami sekeluarga, aku tak pernah menangis dah.
entah kenapa , aku rasa aku banyak mengelak untuk terima hakikat ini.
Bila bercakap dan bercerita, aku tak pernah guna perkataan "Arwah untuk mak". Aku masih panggil mak dalam setiap cerita aku.
Bila orang menangis mengingati mak aku, aku hanya diam dan mengalih bicara dengan cerita benda yang lain.
Bila raya menjelma, aku anggap mak ada dalam rumah, di sisi aku menolong aku membuat persiapan raya dan mengemas rumah. AKu rasa mak ada dalam bilik sedang berehat. Aku rasa hatiku jadi beku..
Dulu akulah ratu segala air mata. tp kini aku rasa macam ratu sajli aje.. Dingin..tiada tangisan lagi.. dulu masa tahu mak aku sakit, aduh jiwa terlalu sakit mengingatinya, menangis setiap kali solat, jiwa berkocak. tp kini hatiku tenang dan beku.
Dulu rutin aku adalah menelefon mak aku, tanya buat ape, dah makan ker, sihat ker.. Sekarang rutin aku masih sama, cuma orang yang aku call adalah abah aku atau adik aku.
Aku rasa mak masih ada dalam rumah tu, malam tadi aku call abah, mia borak dengan abah aku macam biasa, dan aku pun borak macam biasa, sampai aku tertanya abah mak buat ape? emmsss.. dua2 diam ,naseb damia menyelamatkan keadaan dengan bertanyakan atok buat ape tu..
Aku mmg mengelak, bila orang nak bercerita pasal mak, aku sibukan diri, hilangkan diri atau buat tak tahu sahaja. Bila melihat kembali gambar2 dalam handphone, aku cepat2 tutup.. aku takut aku akan terfikir yang mak dah tak ada.
Bagi aku mak masih ada, dan akan kembali, cuma aku tak tahu bila..
Mungkin berkat doa dari rakan2 untuk aku tabah dan kuat membuat kan aku beku. Beku dengan keadaan ini. macam tiada apa yang berlaku.
Ketahuilah, hakikat yang sebenar aku menjerit didalam hati untuk menafikan yang mak dah tiada. Aku redha dia dah menghadap ilahi, tp aku berat utk terima hakikat ini..
Dan aku kini masih beku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment