Thursday, 25 July 2013

~ Rinduku Bertaut...

Assalam...
Salam ramadhan penuh barakah..
Nukilan ini sahaja aku tulis untuk aku luahkan..
Sepatutnya aku postkan pada tarikh 23hb July 2013 sebelum aku terima berita yang menyedihkan tentang bonda ku untuk aku kongsikan tentang rinduku pada bonda..

Awal ramadhan aku termimpikan bonda yg aku kasihi
Datang dengan wajah yang berseri tubuh badan yang sihat..
Aku terkejut,eh mak dah sihat.. bondaku dgn wajah yang tersenyum..
"Mak dah sihat yana,jangan bimbang dan risaukan mak"...
Aku ada ceritakan mimpi ini pada sahabatku dan juga jiran sebelah aku di tempat kerja.
Orang kata kalau sampai termimpi bermakna orang tu rindu sangat2 pada kita..
 
Setiap hari selepas solat aku berdoa semoga bonda ku sempat untuk merasai ramadhan..
Bila ramadhan menginjak dan bondaku sempat merasai ramadhan, Aku bersyukur... Alhamdulillah... selepas itu aku berdoa semoga Allah panjangkan usia bondaku semoga kami semua sempat meraikan Aidil Fitri bersama...
 
Setiap hari ke tempat kerja,memandu kereta dan bila2 masa aku berdoa semoga bonda yang aku kasihi sentiasa dipermudahkan oleh Allah.Doktor dah maklumkan, bondaku mungkin tidak lama di dunia ini.Aku redha,fizikal dan mental telah aku ajar untuk terima..

3 April 2013 selepas pembedahan kali kedua di Hospital Colombia Puchong,Doktor datang memanggil aku dan menceritakan kondisi dan keadaan bondaku yang tersayang..Aku dengar tanpa sebarang reaksi, 20% shj hayat bondaku....aku rasa tertekan... 20% bagaimana nak kira,bila? 1 bulan 2 bulan 1 tahun 3 tahun..aku tak tahu..

Aku kabarkan berita ini pada insan terdekat.. reaksi abah hanya diam aje..
Abah maklum,abah ikhtiar yang terbaik utk mak,masalah duit letak ke tepi..di mana,dekat mana abah bawak mak pg berubat..mmg ramai yang advise beli ubat itu beli ubat ini, semua ubat yang ada kami beli, aprikot,4Life entah apa lagi aku pun tak tahu.. kos beribu tidak terkira....
 
Abah nampak kuat, tp sebenarnya dia sangat lemah,dia cuba sibukan diri dia dgn kerja,dia tak blh hadapi benda ini sendiri..abah sgt lemah, aku tahu betapa abah berusaha untuk mak,betapa abah cinta dan sayangkan mak..aku tahu mak adalah segalanya bg abah..
 
Alan.. adik aku yang paling nakal,nakal bukan kepalang...tp bg aku adik yg paling baik dunia akhirat.Dia tak pandai dan bijak,mmg dia naif dan lurus..tp dia paling kuat,tabah,sabar dan bijak dalam melayani kerenah bonda tercinta...dia berhenti kerja dan menjaga bonda kami sejak awal tahun 2013 sehinggalah bonda menemui pencintanya Allah swt...walaupun nampak dia seperti tiada ape,tapi aku tahu dia curi2 solat dalam bilik ,dan berdoa untuk bonda, aku tahu dia simpan sedihnya dengan curi2 menyorok di dalam bilik menangis berdoa untuk bonda..
 
Aku..., masih blh tersenyum,membuat lawak,berjenaka,gelak sakan.. orang cakap aku kuat,orang cakap aku tabah..sebenarnya... Aku sembunyikan ketakutan aku dengan membuka kaca mata.. mataku rabun tidak dapat melihat dengan jelas di depan.. aku menjadi sangat berani kerana aku tidak dapat melihat dengan jelas, sedihku aku sembunyikan dengan senyuman,tawa dan gelak yang aku rasakan ceritanya sangat lawak..

Kami redha dgn pemergiannya.. mak hadapi kesakitanya dengan penuh sabar dan redha.mak juga pernah cakap, mak redha dgn ujian Allah ini . Aku nasihatkan mak, tak pelah mak ,Allah ujian mak dahulu di dunia, InsyaAllah, Allah akan permudahkan kan mak di sana.Walau pun kerenah mak mcm2 , kami penuh sabar hadapinya.Paling sabar adik aku, aku hanya berani berhadapan dengan segalanya,abah... aku faham abah sukar nak hadapi semua ini.dia byk serahkan kepada aku untuk berhadapan dengan semua ini, dan adik aku untuk melayan kerenah mak yg pelbagai... kini aku faham perasan abah yg penuh kasih sayang terhadap mak..
 
Mesti ramai yang tertanya bondaku sakit ape apabila melihat status dan gambar aku bila berada di hospital.Bukan niat aku untuk berahsia,tp belum masanya aku nak kongsi pada dunia.hanya yang terdekat mengetahui.Bondaku selalu sakit perut bermula lebih kurang 10 thn dahulu,bonda maklum sakit sebab gastrik,pemeriksaan susulan hanya pergi ke klinik sahaja dan doktor  maklum hanya  sakit perut, doktor hanya check sekali lalu dan sertakan ubat gastrik sahaja.apabila berubat kampung, hanya maklumkan angin sahaja..

Selepas melahirkan anak ku.....,cucu pertama mak dan abah, mak sangat gembira,badan nya makin berisi,seleranya makin bertambah,hidupnya makin ceria.Anak ku, bonda yang jaga..sehingga 1tahun 1 bulan.
Pernah pada satu hari aku menegur mak bila melihat perutnya yg agak buncit..
Mak ni kurus aje, tp perut tu kenapa tegang semacam. aku usap perut mak, agak tegang, dalam pemikiran aku mungkin banyak minum air, sebab tu jadi mcm tu.
 
Mak pernah cakap,rambut mak selalu luruh, kenapa eeks.. jangkaan ku cuma salah shampoo. mak pun berfikiran begitu... sehinggalah pada tahun 2010 mak sakit perut yang melampau sehingga muntah yang teruk.Sakit pun selepas mkn buah berangan.Mak ke hospital tg karang dan di maklumkan angin shj.Tanpa pemeriksaan yg telita.satu suntikan diberikan untuk menghilangkan kesakitan..
Selepas keluar dr hospital kesakitan masih sama dan tidak hilang..lagi 2 minggu mak di jemput untuk ke rumah Allah di mekah,jadi mak perlu membuat pemeriksaan lengkap untuk periksaan tahap kesihatan mak sblm kemekah.
 
Pemeriksaan dr Doktor Sulaiman mendapati terdapat ketulan di dalam perut mak.Mak telefon aku dan maklumkan. doktor maklum mungkin fibroid atau mungkin ketumbuhan..
doktor advise untuk rawatan susulan ke hospital,tapi mak menolak sebab mak cakap mak nak ke Mekah dahulu,selepas ke Mekah baru mak nak periksa lanjut..

Pemeriksaan lanjut maklumkan mungkin kanser, tp tak dapat disahkan,sehinggalah pembedahan di buat di Hospital Colombia Puchong, doktor sahkan kanser ovari tahap 3.selepas pembedahan mak jalani kehidupan dengan baik ,membuat rawatan susulan mengikut jadula di HUKM dan kimo dengan baik.. Alhamdulillah tiada alahan atau pun kesakitan yang teruk pada waktu itu. Hanya rambut sahaja yang gugur.
 
Sehinggalah pada tarikh 23 july 2013,aku terlalu rindukan pada bondaku,rindu yang teramat.. rindu yang tak pernah aku hadapi, kucapai telefon dan hubungi mak, agak lama panggilan baru berjawab..aku hanya dengar suara mak jelas dengan tidak jelas sahaja. Aku maklumkan pada mak,aku akan balik pada cuti Nuzul Al Quran (25hb July 2013),mak tunggu ye,mak jgn lupa mkn,minum dan solat.istifar dan ingat Allah selalu.. dia tidak bercakap,tp aku tahu dia dgr..

Selepas hubungi Bondaku, aku sms pada suamiku maklum keadaan mak yang agak merisaukan aku.Aku maklumkan aku nak balik kampung, hatiku rasa tidak keruan, Selepas berbalas mesej, suamiku maklum pada pagi hari rabu 24 july 2013 kita akan balik ke kampung untuk melawat bonda.Aku agak berlapang hati.Dalam hati berdoa semoga sempat berjumpa dengan bondaku.

Pukul 2ptg, aku terima panggilan telefon dr adikku dan maklumkan mak qku mcm dah teruk,aku tanpa berfikir terus minta kebenaran untuk pulang.dalam hati berdoa semoga aku sempat balik menjenguk bonda ku. dalam hati aku meraung memanggil nama mak untuk tunggu aku balik dahulu..
 
pada pukul 2.10ptg, aku terima panggilan semula maklum bonda tercinta sudah dipanggil menghadap ilahi..Subhanallah maha suci Allah yang menentukan segala. Aku sampai di rumabonda pada pukul 6 petang, Jenazah bonda terus ku cari dan ku peluk. Dahinya aku cium, Matanya aku cium,Pipinya aku cium.Hidungnya aku cium, Mulutnya aku cium. Sehingga kini terasa sejuknya bibir bondaku di bibirku. Setiap kali aku mengetap bibirku,setiap kali aku terasa sejuk bibir bondaku. Setiap kali bibir ku terasa kesejukan mungil bibir bondaku, setiap kali itu juga aku berselawat dan sedekahkan Alfatihah kepada bondaku.

Jenazahnya aku tatap lama tanpa mengunakan kaca mata.matanya ku renung,kulihat seperti bonda sedang tidur.Semasa jasad mak terbaring, aku lihat mukanya, Aku tenung mukanya tanpa kaca mata. Aku lihat dia seperti bernafas, Matanya seperti berkelip2, aku perhatikan lama. Aku agak kecewa sebab tak sempat menghadapnya, tapi aku bersyukur sebab aku sempat menguruskan segalanya.Aku mandikan bonda,aku kapankan bonda.Selepas jenazah di mandikan sekali  lagi aku tatap muka bondaku, kulihat kelopak matanya seperti mengalirkan air mati.Aduhai bonda aku tahu kau dalam kesakitan... (Ya Allah kau Ampunkan Ibuku,Kau permudahkanlah urusan ibu ku)

Setiap hari aku berdoa semoga bondaku di permudahkan,sekiranya masanya sudah tiba biarlah ia pergi didalam sujud solatnya atau di dalam tidurnya.Biarlah dia pergi dengan aman.Alhamdulillah,bondaku pergi dengan aman dan tenang.syukur ya Allah kau permudahkan urusanya..
 
Walau hebat mana sekalipun kita,kita tak mampu menandingi kuasa Allah..Mati itu pasti..aku redha kehidupan kami akan dtg tanpa mak disisi,tp bg aku mak sentiasa dihati..
Insyaallah aku aku cuba buat yang terbaik untuk mak,kerana doa aku,perbuatan aku di dunia ini masih boleh membantu mak disana.InsyaAllah mak, semoga Allah permudahkan mak, dan tempatkan mak dikalangan para syuhada.semoga syurga buat mak.

"Ya Allah,kau ampunkan dosa kedua ibubapaku,kau permudahkan urusan ibu ku,kau kuatkan semangat bapaku,kau tempatkan ibuku dikalangan orang beriman,kau berilah keselesaan ibuku disana.. 
   

Al fatihah..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
.أَمِيْن


*Terima kasih kepada jiran blok 4 jengka22 yang byk membantu,terima kasih pada saudara mara yang byk memberi sokongan,yang menziarah,mengaji dan membantu,dan pada sahabat yang mendoakan kesejahteraan bonda saya Hajah Argakyah Binti Jaini..

Wassalam..
Hamba Allah yang mohon keampunan dan keredhaan mu..

**Makcik Cepet**
Luv u all









1 comment:

  1. takziah makcik cepet.. semoga roh mak ditempatkan dgn orng2 yg beriman .. amin

    ReplyDelete